SEJARAH PENUBUHAN

Tuesday, February 21, 2017 Homestay Desastay D'sawah 0 Comments
















Di awal penubuhan Desastay Santai D'sawah hanyalah sebuah pondok kecil serba kekurangan yang terletak di Parit Serong, Sarang Buaya , Batu Pahat, Johor ditubuhkan hanya tempat untuk berehat dan bersantai bersama keluarga terdekat. Lokasinya yang strategik ditengah bendang sawah dan menjadi lalu lalang kawanan burung dan tiupan angin memberikan idea bagi menaiktaraf pondok tersebut dengan berkonsepkan 'desa dan tradisional melayu'.

Sepanjang 6 tahun dalam tempoh membaikpulih, sesekali Desastay yang pada waktu itu masih belum lengkap tetap menjadi pilihan lokasi bagi sahabat dan saudara untuk menginap dan bercuti bagi merasai sendiri suasana desa dan sawah yang semakin jelas berkurangan di era moden dan bandar ini. 

Oleh kerana sambutan yang baik dari pelbagai pihak,kami memutuskan untuk melakukan 100 peratus renovasi pada pondok usang ini dan memberikan sepenuhnya usaha terbaik bagi menjayakan Desastay ini.

Setelah mengambil masa yang agak lama, kini Desastay Santai D'sawah telah menukar wajah 360 darjah keseluruhannya ! Majlis Perasmian Desastay Santai D'sawah telah  diadakan pada 3 Disember 2016 untuk anda semua menikmati pengalaman di tengah bendang sawah desa !

0 comments: